JKP ZON 13

Pejabat JKP Zon 13 Jln Indah 2/3 Taman Puchong Indah BERKHIDMAT UNTUK MASYARAKAT
Powered By Blogger

Isnin, 18 Januari 2010

Biro keselamatan JKP Zon 13

Assalamualaikum,
Untuk makluman tuan/puan, biro ini ditubuhkan di bawah Jawatankuasa Penduduk Zon 13 yang berfungsi sebagai pembantu kepada pihak Penguatkuasa MPSJ dan bandan berkanun untuk melakukan tugas-tugas sekiranya diperlukan, selain daripada itu biro ini juga bertujuan untuk mengaturkan kempen dan program-program yang berunsurkan keselamatan.
Diantara program yang akan dijalankan adalah seperti berikut:
1) Mengedarkan risalah tip mencegah jenayah ragut bersama Polis dan MPSJ
2) Mengedarkan risalah keselamatan jalan raya bersama polis
3) Mengadakan pamiran keselamatan kepada penduduk yang melibatkan semua jabatan.
4) Mengadakan rondaan keselamatan pada setiap 2 minggu sekali bersama anggota polis
5) Mengadakan sesi dialog penduduk bersama polis (jika ada permintaan dari penduduk)
6) Menurunkan benner-benner haram bersama Pihak berkuasa Sebulan 2x
Untuk tahun 2010 Insyaallah program tersebut akan kami laksanakan. Kami berharap semua pihak memberi sokongan kepada pihak kami untuk kami meneruskan kerja amal tersebut, walaupun tidak dibayar gaji kami sanggup melakukanya demi untuk masyarakat di sini hidup dalam keadaan selesa. target kami keenam-enam diatas akan kami laksanakan, Insyaalah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

setiap ulasan yang diberi mestilah positif.